Croissant adalah
pastri yang terkenal dari Perancis berbentuk bulan sabit yang diperbuat
daripada puff pastri iaitu adunan biasanya 1/3 mentega dan 2/3 tepung gandum
dicampur dengan telur, susu air dan yis.
Sejarah
Walaupun ia
sinonim dengan negara Perancis, ia sebenarnya berasal dari Vienna, Austria.
Kerana itu, croissant dikategorikan sebagai vienoisserie dalam bahasa Perancis
yang bermaksud benda atau barang dari Vienna.
Tekstur dan Variasi
Dari segi
tekstur, bahagian luaran croissant, sangat rangup diikuti dengan tektur dalaman
yang lembut disebabkan oleh banyak lapisan yang dibuat dengan melipat adunan
puff pastri beberapa kali, sebelum diadun ke bentuk bulan sabit.
Terdapat pelbagai
variasi croissant seperti, croissant dengan almond, atau yang berinitikan
bechamel sauce dan cendawan seperti yang terdapat di Delifrance. Kebiasaannya,
croissant dimakan ketika sarapan pagi dihidang bersama kopi untuk memulakan
hari.

Comments
Post a Comment